Zahazan Travel & tours sdn bhd

(SSM: 1122545-M | KPK/LN 8796)

TATACARA & PERMOHONAN VISA

Jenis Visa yang Digunakan bagi Menunaikan Umrah.

Terdapat 2 jenis visa yang boleh digunapakai iaitu Visa Umrah dan Visa Pelancong.

VISA PELANCONGVISA UMRAH
i) Tiada had umur i) Had umur bermula 18 tahun ke atas (mengikut SOP semasa Kerajaan Arab Saudi)
ii) Tidak perlu Mahramii) Tidak perlu Mahram
iii) Tempahan hotel dan kenderaan TIDAK diperlukan semasa permohonan visa dibuatiii) Tempahan hotel dan kenderaan PERLU dilakukan ketika permohonan visa dibuat
iv) Tempoh sah adalah setahuniv) Tempoh sah adalah 30 hari
v) Kemasukan berulang (Multiple Entry)v) Kemasukan sekali sahaja (Single Entry)
vi) Boleh tinggal selama 90 harivi) Boleh tinggal selama 30 hari
vii) Perlu memohon untuk menziarahi Raudhah menggunakan aplikasi Nusukvii) Tidak perlu memohon untuk menziarahi Raudhah. Pihak Muassasah akan menyediakan permit kebenaran
 viii) Membuat biometrik 30 hari sebelum penerbangan menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio dengan cara mengimbas pasport, mengambil gambar muka, dan mengimbas cap jari

*Jemaah pemegang pasport Malaysia akan menggunakan Visa Umrah. Namun begitu, bagi pemegang pasport selain daripada negara Malaysia, perlu merujuk kepada pihak syarikat terlebih dahulu.

VISA PELANCONG

  1. Tiada had umur
  2. Tidak perlu Mahram
  3. Tempahan hotel dan pengangkutan TIDAK diperlukan semasa permohonan visa dibuat
  4. Tempoh sah adalah setahun
  5. Kemasukan berulang (Multiple Entry)
  6. Boleh tinggal selama 90 hari
  7. Perlu memohon untuk menziarahi Raudhah menggunakan aplikasi Nusuk

VISA UMRAH

  1. Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura, dan Brunei di kawasan Asia Tenggara sahaja.
  2. Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan yang berumur di bawah 18 tahun perlu memohon bersama penjaga.
  3. Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini membenarkan kemasukan berulang (multiple entry).
  4. Visa ini hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule flight) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter flight) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
  5. Pihak Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi.

Jemaah pemegang pasport Malaysia akan menggunakan Visa Umrah. Namun begitu, bagi pemegang pasport selain daripada negara Malaysia, perlu merujuk kepada pihak syarikat terlebih dahulu.

Maklumat Tambahan tentang Visa.

Permohonan Visa Pelancongan (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):

  1. Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara.
  2. Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
  3. Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).
  4. Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
  5. Visa ini hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule flight) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter flight) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
  6. Pihak Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi.

Permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):

  1. Visa ini hanya akan digunapakai oleh warganegara Malaysia sahaja, warganegara lain tertakluk pada kos tambahan oleh Kerajaan Arab Saudi.
  2. Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan yang berumur di bawah 18 tahun perlu memohon bersama penjaga.
  3. Pelanggan perlu membuat biometrik 30 hari sebelum penerbangan menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio dengan cara mengimbas pasport, mengambil gambar muka, dan mengimbas cap jari.
  4. Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini membenarkan kemasukan sekali sahaja (single entry).
  5. Pihak Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi.