Terma & Syarat
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN PERKHIDMATAN UMRAH
- Pelanggan perlu menghubungi Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
- Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quint/Quad/Triple/Double). Sekiranya menempah bilik berlima/bilik berempat (Quint/Quad), pelanggan mesti membawa daftar lima/empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
- Harga kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah tertakluk kepada syarikat penerbangan.
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,000 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.
- Pembayaran boleh dibuat menggunakan direct transfer/perbankan atas talian/cek diatas nama Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd melalui nombor akaun MAYBANK: 5627 4014 2192. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
- Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.
- Aturcara perjalanan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
- Setiap pelanggan digalakkan untuk membawa telefon pintar yang menyokong aplikasi Nusuk. Aplikasi ini adalah digalakkan untuk dimuat turun oleh pelanggan bagi digunapakai di Arab Saudi.
- Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelanggan akan dikenakan caj pindaan RM500 seorang bagi setiap pindaan serta kos-kos yang terlibat kerana pindaan. Tiada perubahan yang boleh dibuat dalam masa 60 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
- Pihak Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagi apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggar undang-undang Malaysia atau Arab Saudi.
- Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej atas sebab peribadi.
- Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd terlebih dahulu sebelum membuat tindakan tersebut.
- Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikkan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Pihak Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikkan harga kos semasa tanpa notis makluman.
- Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
- Pihak Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahan dan jadual perjalanan, atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya dia didapati tidak bersesuaian untuk mengembara secara fizikal atau mental. Penilaian adalah di atas budi bicara pihak Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd.
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api dan surcaj peak season (jika ada).
Permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):
- Visa ini hanya akan digunapakai oleh warganegara Malaysia sahaja, warganegara lain tertakluk pada kos tambahan oleh Kerajaan Arab Saudi.
- Pelanggan perlu membuat biometrik 30 hari sebelum penerbangan dengan memuat turun dan menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio.
- Mengimbas pasport, mengambil gambar muka, mengimbas cap jari dalam aplikasi Saudi Visa Bio. Bagi yang menghadapi masalah untuk melakukan perkara tersebut, dokumen tambahan perlu dimuat naik dalam aplikasi Saudi Visa Bio (Dokumen perlu dalam bahasa Inggris atau bahasa Arab sahaja)
- Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksima dibenarkan tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali sahaja (single entry).
- Pihak Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi.
Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Arab Saudi termasuk cukai seperti mana dinyatakan di dalam pakej.
Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (tertakluk kepada kebenaran dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi).
- Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi).
- Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Kos rawatan, ubat-ubatan, wad dan kuarantin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi atau melebihi perlindungan insurans.
- Perkhidmatan porter atau khidmat tambahan lain di lapangan terbang atau di Arab Saudi yang tidak dinyatakan di dalam pakej.
- Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.
- Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.
- Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.
- Pembatalan tiket penerbangan/pakej oleh pihak pelanggan.
ATURCARA PAKEJ
- Tiada Jaminan Kesesuaian Aturcara
- Walaupun Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik, Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak memberi jaminan bahawa semua aturcara yang disediakan adalah tidak berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur atau individu yang mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik. Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti sekiranya timbul sebarang masalah, kesakitan, kecelakaan atau kematian akibat dari mana-mana bahagian aturcara pakej yang pelanggan ikuti samaada aturcara tersebut dinyatakan di dalam surat pengesahan, iklan atau brosur Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd atau aturcara pilihan pelanggan sendiri. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang mengikuti pakej Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd.
- Kemungkinan Pertukaran Aturcara
- Tertakluk kepada peraturan 9 jadual keempat akta industri pelancongan 1992, sekiranya berlaku pertukaran aturcara dan Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd terpaksa mengadakan aturcara alternatif sebagai ganti, Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa aturcara alternatif tersebut menyamai kos atau mempunyai nilai yang serupa dengan aturcara asal yang diganti.
PENGINAPAN HOTEL
- Klasifikasi Penginapan
- Taraf bintang hotel yang dinyatakan di dalam mana-mana iklan, brosur atau surat menyurat dari Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd adalah pentarafan yang diberikan oleh pihak hotel tersebut kepada Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd sebagai rujukan sahaja. Pentarafan hotel dan jumlah bintang mungkin berbeza dari satu negara ke negara yang Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh memberi sebarang jaminan tentang kesesuaian hotel tersebut mengikut pentarafan hotel seperti yang diiklankan. Anda tidak boleh membatalkan pakej anda di atas alasan kekhilafan pentarafan hotel.
- Perubahan Hotel
- Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej di atas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik dengan syarat notis awal dimaklumkan kepada anda sekurang-kurangnya 24 jam dari tarikh masuk ke hotel tersebut. Sekiranya berlaku, Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setara atau lebih baik. Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi sebarang masalah yang timbul akibat dari penggantian hotel penginapan tersebut.
- Polisi Hotel
- Polisi mengenai waktu dimasukan (check-in) dan keluar (check-out) hotel penginapan adalah berbeza mengikut polisi hotel berkenaan. Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat dari kuatkuasa polisi check-in dan check-out hotel berkenaan.
- Jenis dan Klasifikasi Bilik.
Jenis dan klasifikasi bilik termasuk ameniti (kemudahan) yang disediakan di dalam bilik tersebut adalah berbeza mengikut hotel dan negara destinasi. Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak memberi jaminan bahawa bilik penginapan anda akan sama seperti yang digambarkan di dalam Iklan atau brosur kami. Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat dari perbezaan jenis dan klasifikasi billk yang anda terima atau disebabkan oleh kekurangan ameniti yang di dalam bilik tersebut.
PERLINDUNGAN INSURANS PERJALANAN TAMBAHAN
Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd hanya menyediakan perlindungan takaful berkelompok yang terhad seperti yang dinyatakan di dalam brosur. Sepertimana peruntukan peraturan 12 Jadual Keempat Industri Pelancongon 1992, anda adalah sangat disarankan untuk mengambil insurans perjalanan tambahan untuk melindungi perjalanan anda. Anda bebas memilih syarikat insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda dan jenis perlindungan yang terbaik untuk diri anda.
Apabila anda memilih untuk tidak mengambil insurans perjalanan tambahan, ianya bermaksud anda telah mengetahui dan bersetuju untuk menerima liabiliti dan risiko penalti pembatalan, gantirugi dan perbelanjaan tambahan di luar jangkaan termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan kecemasan perubatan semasa perjalanan.
Sekiranya anda telah membeli insurans tambahan, anda adalah dinasihatkan supaya menyemak semula terma-terma yang terkandung di dalam polisi insurans tersebut bagi memastikan bahawa perlindungan yang diperolehi mencukupi.
ZAHAZAN TRAVEL SEBAGAI PIHAK KETIGA/PIHAK BERKECUALI
Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd adalah hanya perantara di antara anda dan syarikat-syarikat penerbangan, hotel penginapan, pengangkutan dan/atau pembekal perkhidmatan (ground supplier). Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd adalah bukan pemilik pengendali mana-mana syarikat penerbangan atau pengangkutan, hotel penginapan atau mana-mana tempat lawatan atau mana-mana pembekal yang berkaitan dengan pakej anda.
Oleh yang demikian, Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kehilangan, kerosakan kelewatan, kesusahan atau kecederaan yang menimpa anda akibat dari pelanggaran kontrak, peninggalan samada disengajakan tidak atau kecuaian oleh syarikat penerbangan, syarikat hotel penginapan, syarikat pengangkutan dan pembekal perkhidmatan (ground supplier).
Anda adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti syarat-syarat dan terma tambahan ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej umrah atau pelancongan Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd.
Syarat-syarat dan terma ini adalah tambahan kepada peruntukan terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
lanya tidak mengurangkan kuatkuasa peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 dan dimana terdapat sebarang persinggahan, terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 adalah terpakai. Sebaik sahaja anda membayar deposit dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej umrah atau pelancongan Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd, anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua syarat-syarat dan terma-terma tambahan ini.
PENGESAHAN MAKLUMAT BUTIRAN PAKEJ YANG BETUL
Anda dikehendaki menyemak maklumat mengenai pakej yang ditempah sebelum membuat pembayaran deposit termasuk tetapi tidak terhad kepada harga pakej. tarikh penerbangan pergi dan balik dan waktu berlepas dan ketibaan, pakej yang dipilih termasuk hotel penginapan dan jenis bilik yang dipilih dan lain-lain maklumat seperti yang tertera pada resit pembayaran dan/atau surat pengesahan.
Anda adalah dianggap telah bersetuju dengan semua maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko kos tambahan pada pakej anda sekiranya anda gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peningkatan di dalam butiran pakej anda dalam tempoh 24 jam dari tatikh resit atau surat pengesahan dikeluarkan.
KETEPATAN BUTIRAN ATAU MAKLUMAT PERIBADI SEMASA PENEMPAHAN PAKEJ
Semasa penempahan pakej, semua butiran yang anda beri kepada Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd adalah maklumat yang akan diguna pakai oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang anda langgani. Anda dikehendaki menyemak semua butiran/maklumat peribadi sendiri sebelum rnembuat pembayaran deposit dan sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat diberi adalah dianggap benar dan muktamad.
Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat dari kesilapan butiran atau maklumat peribadi yang anda beri.
Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan anda sebelum membuat pembayaran deposit. Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak tempahan anda sekiranya tahap kesihatan anda membahayakan kesihatan dan keselamatan diri sendiri atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota lain di dalam kumpulan umrah atau pelancongan anda.
Sekiranya anda memerlukan bantuan disebabkan oleh tahap kesihatan anda, anda diwajibkan membawa ahli keluarga lain untuk membantu anda sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi, roda dan ubat-ubatan sendiri.
Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga anda secara peribadi atau memberi ubat-ubatan sekiranya anda sakit. Sekiranya keadaan anda memerlukan penjagaan secara peribadi, Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengenakan bayaran tambahan kepada anda bagi mengupah pihak ketiga untuk menjaga anda.
PEMBAYARAN PAKEJ
Bayaran penuh pakej umrah atau pelancongan mestilah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd hanya menerima pembayaran secara direct transfer, pembayaran melalui Onpay, draf bank atau cek persendirian/syarikat. Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd berhak menahan penempahan pakej anda sehingga penunaian bayaran deposit melalui draf bank atau cek persendirian anda. Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak bertanggungjawab sekiranya pakej yang anda tempah telah habis dijual akibat kelewatan penunaian draf bank atau cek persendirian anda.
Bagi pembayaran pakej yang kurang 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan, Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian/syarikat dan sekiranya tiada pembayaran pakej secara direct transfer dibuat, boleh mengakibatkan pakej anda terbatal secara automatik dan mana-mana bayaran pakej yang telah dibayar dilucutkan mengikut Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
TIKET PENERBANGAN
Pakej anda adalah termasuk tiket penerbangan dari KLIA/KLIA 2 ke destinasi yang dituju sahaja tetapi tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA/KLIA 2. Walaupun surat pengesahan berserta jadual penerbangan anda telah dicetak, jadual tersebut masih tertakluk kepada pindaan oleh syarikat penerbangan.
Oleh yang demikian, sekiranya berlaku perubahan atau pindaan jadual penerbangan, Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menangguhkan sebarang ganti rugi termasuk tetapi tidak terhad kepada mengganti rugi bayaran perubahan tiket domestik, hotel tambahan atau lain-lain kesusahan akibat dari pindaan tersebut.
Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi yang timbul akibat dari pertukaran jadual, pembatalan, missed connection, masalah mekanikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan/kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen dan/atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.
PEMBATALAN PAKEJ
- Pembatalan Oleh Pelanggan
- Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
- Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Ketua Pegawai Eksekutif, Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd bagi mengelakkan salah faham.
Bil Tempoh Pembatalan Kadar Caj Pembatalan 1. Melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan Caj RM1000 seorang atau 25% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi 2. Dalam tempoh 36 – 44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan Caj 35% dari harga pakej 3. Dalam tempoh 16 – 35 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan Caj 50% dari harga pakej 4. Dalam tempoh 8 – 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan Caj 75% dari harga pakej 5. Dalam tempoh 14 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh penerbangan Caj 100% dari harga pakej - Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd.
- Pembatalan Disebabkan Faktor Luar Kawalan Syarikat.
- Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah atau pelancongan jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia atau kerajaan Arab Saudi.Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut: Caj RM1000 atau 25% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk; Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau; Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
- Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej yang ditempah oleh pelanggan.
- Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada semua syarat-syarat pembatalan yang telah ditetapkan oleh Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd.
- Pembatalan Oleh Syarikat
- Sekiranya keadaan memerlukan Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd membatalkan perjalanan pakej umrah atau pelancongan disebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, semua wang yang telah dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN TIKET PENERBANGAN KELAS PERNIAGAAN
- Naik Taraf Tiket Saudia Airlines Kelas Perniagaan
- Pelanggan yang menaik taraf tiket penerbangan kepada kelas perniagaan, tempahan hanya akan dilakukan selepas tiket penerbangan kelas ekonomi dikeluarkan.
- Tempat duduk dan jenis kelas tertakluk kepada kekosongan semasa.
- Bayaran deposit minima RM5,000 perlu dibuat ketika permohonan naik taraf, bayaran penuh harga tambahan perlu dibuat selewatnya 60 hari sebelum penerbangan.
- Tempahan hanya sah selama 1 jam sahaja. Sekiranya tiada pembayaran deposit dibuat, tempahan perlu dibuat semula tertakluk kepada kekosongan semasa.
- Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkan mengambil kelas berbeza dan harga akan berubah menikut jenis kelas
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
- Naik Taraf Tiket Malaysia Airlines Kelas Perniagaan
- Tempat duduk tertakluk kepada kekosongan semasa.
- Bayaran deposit minima RM5,000 perlu dibuat ketika permohonan naik taraf dilakukan, bayaran penuh harga tambahan perlu dibuat selewatnya 60 hari sebelum penerbangan.
- Tempahan hanya sah selama 1 jam sahaja. Sekiranya tiada pembayaran deposit dibuat, tempahan perlu dibuat semula tertakluk kepada kekosongan semasa.
- Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkan mengambil kelas berbeza dan harga akan berubah mengikut jenis kelas.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
- Pembatalan Kelas Perniagaan
- Pelanggan yang menaik taraf tiket kelas ekonomi kepada tiket kelas perniagaan atau membuat tempahan tiket kelas perniagaan tidak dibenarkan membuat pembatalan setelah bayaran deposit telah dibuat.
- Sekiranya masih ingin membuat pembatalan, pelanggan akan dikenakan caj tambang penuh tiket kelas perniagaan yang telah dikeluarkan.
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN PAKEJ MAKAN FULLBOARD
- Definisi pakej makan yang biasa digunapakai oleh pihak hotel Arab Saudi terdiri seperti berikut.
- Fullboard – Sarapan pagi, makan tengahari dan malam secara bufet.
- Bed Breakfast – Sarapan pagi secara buffet.
- Pakej makan Fullboard di Arab Saudi terbahagi kepada beberapa kelas.
- Fullboard International – Pelbagai jenis menu makanan antarabangsa sebanyak 3 kali sehari dihidang secara bufet.
- Fullboard Far East – Pelbagai jenis menu makanan Asia sebanyak 3 kali sehari dihidang secara bufet.
- Fullboard Far East Ekonomi – Jenis menu makanan Asia yang minima sebanyak 3 kali sehari dihidang secara bufet.
- Pakej makan yang disediakan adalah seperti dinyatakan dalam pakej.
- Sekiranya pelanggan ingin menempah naik taraf pakej makan, pelanggan boleh membuat tempahan secara terus di restoran hotel dan bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui kad bank atas tanggungan pelanggan.
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN BILIK KHAS HOTEL MAKKAH
- Tempahan naik taraf bilik khas tertakluk kepada kekosongan semasa. Tempahan perlu dibuat 60 hari sebelum penerbangan.
- Bayaran penuh bagi naik taraf bilik khas perlu dibuat ketika permohonan.
- Bilik Haram View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari bangunan Masjid Al Haram/Masjid An Nabawi dan bilik Kaabah View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari Kaabah.
- Pembatalan tempahan bilik khas perlu dilakukan 60 hari sebelum penerbangan. Sekiranya pelanggan membuat pembatalan tempahan kurang 60 hari sebelum penerbangan, tiada pulangan wang akan diberikan.
TERMA DAN SYARAT UMUM HARAMAIN HIGH SPEED RAILWAY (HHR)
- Harga pakej yang ditawarkan adalah bagi perjalanan sehala berdasarkan musim biasa.
- Harga pada musim puncak dan Ramadhan mungkin berbeza tertakluk kepada perubahan semasa syarikat HHR dan syarikat pengendali pengangkutan Arab Saudi.
- Pelanggan hanya ditawarkan pakej perjalanan dari stesen Madinah ke stesen Makkah dan sebaliknya sahaja.
- Pelanggan perlu memilih pengangkutan yang sesuai berdasarkan bilangan minima yang telah ditetapkan pada pakej.
- Sekiranya pelanggan memilih pengangkutan dan tidak dapat memenuhi bilangan minima, harga yang ditawarkan akan berubah.
- Pelanggan perlu membuat bayaran penuh harga tempahan ini ketika memohon.
- Sebarang perubahan atau pembatalan tempahan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat HHR dan pengendali pengangkutan serta kos yang terlibat.
TERMA DAN SYARAT UMUM HARAMAIN HIGH SPEED RAILWAY (HHR)
- Kanak-kanak (2 tahun hingga 12 tahun) mesti ditemani oleh orang dewasa (18 tahun ke atas) dalam kumpulan. Bayi di bawah umur 2 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa pada nisbah 1:1.
- Bayi bawah 2 tahun tidak akan menerima tempat duduk dalam Kelas Perniagaan atau Ekonomi.
- Pelanggan hanya dibenarkan membawa satu bagasi utama bersaiz 65x55x35cm atau yang lebih kecil saiznya ketika menaiki HHR. Berat maksima bagasi ialah 25kg. Pelanggan dibenarkan membawa beg tambahan seperti beg silang, beg komputer riba, beg kamera atau yang sama masuk sepertinya. Tempat daftar bagasi akan dibuka 2 jam sebelum berlepas.
- Pelanggan mesti membawa pasport ketika dalam perjalanan untuk pengesahan nama dan umur.
- Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan telah memegang tiket yang sah untuk keseluruhan perjalanan.
- Pintu masuk akan ditutup 10 minit sebelum waktu berlepas yang dinyatakan.
- Pejabat tiket akan ditutup 20 minit sebelum berlepas untuk jualan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan berlepas.
- Pelanggan mesti menaiki koc dan tempat duduk yang diperuntukkan mengikut tiket yang diberi.
- Demi keselamatan, kanak-kanak mesti diawasi pada setiap masa.
- Pelanggan berhak mendapat bayaran balik dan/atau pampasan selaras dengan komitmen Piagam Penumpang HHR apabila perkhidmatan dibatalkan atau melebihi 2 jam jika keadaan dalam kawalan HHR.
- Apabila perkhidmatan dibatalkan kerana situasi tidak dijangka, HHR akan dikecualikan daripada memberi pampasan kepada pelanggan selaras dengan Piagam Penumpang, selain daripada menyediakan bayaran balik penuh kepada pelanggan.
- Jika pelanggan datang lewat ke pintu masuk, tempahan akan dibatalkan oleh HHR dan tiada pulangan bayaran tiket.
- Semua tiket tidak boleh dipindah milik, dan hanya boleh digunakan oleh orang yang dinamakan pada tiket.
- Pihak HHR berhak untuk meminda harga tiket pada bila-bila masa. HHR juga berhak untuk membatalkan, meminda atau menjadualkan semula sebarang tawaran promosi tanpa notis.
- Pelanggan dilarang membawa senjata dan barang yang tajam (gunting/pisau/dll).
- Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan dibawa ke dalam HHR.
- Tiada pembatalan dibenarkan.