Laman web rasmi

Zahazan Travel & tours

(SSM: 1122545-M | KPK/LN 8796)

Guru Agama

Guru Agama Kami

Ustaz Datuk Dr Hj Zahazan bin Mohamed

Ybhg. Al-Fadhil Ustaz Datuk Dr Hj Zahazan bin Mohamed sebagai Pengerusi syarikat Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd dan Pengarah Urusan syarikat Telaga Biru Sdn Bhd. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana (MA) dalam Linguistik dari Universiti Malaya. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Yarmouk, Jordan.

Beliau merupakan pensyarah selama lebih 10 tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berpengalaman mengetuai kursus haji dan umrah seterusnya menjadi pembimbing jemaah haji dan umrah di tanah suci Makkah dan Madinah bertauliah daripada Tabung Haji Malaysia. Beliau aktif menerbitkan tulisannya di bawah Telaga Biru Sdn. Bhd. Beliau juga menjadi kolumnis di Utusan Malaysia, Berita Harian dan majalah Solusi. Beliau sering dijemput untuk menyampaikan kuliah dan program agama termasuk kemunculan televisyen di Tanyalah Ustaz, Motivasi Pagi, Al-Kuliyyah, Jejak Rasul, Al-Halaqah dan lain-lain forum.

Ustaz Sudin Nooh

YBHG. Al-Fadhil Ustaz Sudin bin Nooh merupakan seorang guru dan juga penceramah dan pendakwah yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah di negeri Melaka. Beliau sering mengadakan aktiviti keagamaan di madrasah milik beliau sendiri di samping sering menjadi penceramah di masjid-masjid dan surau di Melaka. Beliau turut mendapat pendidikan di dalam dan luar negara. 

Beliau juga berpengalaman sebagai ahli Jawatankuasa Fatwa Jabatan Mufti negeri Melaka. Beliau merupakan pengasas pondok moden Pusat Tarbiyah Dakwah Mahmudiyyah yang diusahakan sendiri oleh beliau dan juga hasil sumbangan orang ramai.

Ustaz Mohamad Sufan bin Bahrin

YBHG. Al-Fadhil Ustaz Mohamad Sufan Bin Bahrin, Ketua Belia USIA Bahagian Sandakan, merangkap Guru Besar, Sekolah Agama Negeri Kilometer 2, Sandakan. Beliau sering dijemput program agama di radio Sandakan FM dan Sabah FM. Beliau pernah dinobatkan sebagai anugerah rancangan radio agama terbaik 2022. 

Beliau berpendidikan kelulusan Diploma Pengajian Islam (Syariah) di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang Selangor dan Ijazah Pengajian Islam (Syariah) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau dilantik sebagai Pengarah Program seminar Fiqh Belia Siri 1 hingga 4.0 peringkat Negeri.

Ustaz Ramlee bin Mat Amin

YBHG. Al-Fadhil Ustaz Ramlee bin Mat Amin mendapat pengajian Pondok di Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh dan merupakan institusi pengajian Pondok terbesar di Malaysia. Beliau sempat berguru dengan pengasas Pondok iaitu Tuan Guru Haji Mustafa, Tuan Guru Haji Aziz  dan Tuan Guru Haji Hasyim. 

Sehingga kini, beliau masih terus mendalami ilmu hadis dan merupakan pendakwah bebas berpengalaman bermula dari tahun 1995 sehingga kini bersama institusi badan bukan kerajaan, swasta dan persendirian.

Ustaz Mohammad bin Othman

YBHG. Al-Fadhil Ustaz Mohammad bin Othman bekerja sebagai Nazir di jabatan Nazir Malaysia. Beliau seorang pendakwah bebas yg terkenal di Tawau. Beliau sering muncul di Radio Tawau FM setiap hari jumaat petang dalam slot kemusykilan agama utk menjawab kekeliruan dalam kalangan masyarakat Tawau. 

Beliau juga mempunyai sebuah madrasah Maahad Tahfiz Ibnu Abbas yg ditubuhkan sejak 2018. Beliau mendapat pendidikan di UKM dalam aliran agama di  Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, fakulti pengajian Islam.

Ustaz Muhamad Aizuddin Hj Kamarul Zaman

Ustaz Muhamad Aizuddin bin Hj Kamarul Zaman berpendidikan kelulusan Sarjana Muda Kewangan Islam di Unisza dan kelulusan Sarjana Usuluddin Aqidah & pemikiran Islam di Universiti Malaya. Beliau bertugas sebagai editor di Syarikat Telaga Biru Berhad. Beliau juga seorang penceramah bebas berpengalaman. 

Ustaz Farid Onn

Ustaz Farid Onn merupakan lulusan Universiti Islam Madinah dalam Fakulti Hadis dan Pengajian Islam. Berpengalaman dalam dunia penerbitan dan penulisan buku. Kini aktif sebagai guru agama, pendakwah dan mutawwif.

Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil

Ybhg. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil merupakan seorang sarjana Islam di Malaysia. Beliau terlibat dalam banyak jawatankuasa syariah institusi kewangan dan badan bukan kerajaan di Malaysia. Beliau juga menulis beberapa buah buku dan rencana serta mengendalikan latihan berkaitan bidang kepakaran beliau, iaitu fiqah perundangan Islam. 

Beliau juga mengendalikan latihan kepada pegawai syariah dari pelbagai institusi kewangan Islam termasuklah dari badan penguat kuasa agama negeri-negeri. Beliau juga sering memberikan syarahan mengenai syariah dan perundangan Islam di radio dan televisyen tempatan.

Ustaz Ammar Mustaqim

Ustaz Ammar Mustaqim bin Faisal Azni berpendidikan kelulusan Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang Islam di Universiti Al-Azhar. Beliau sedang mengambil Sarjana Ilmu dan Warisan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 

 Pernah berkhidmat dalam Jabatan Agama Islam Selangor dan mempunyai pengalaman lebih 2 tahun menjadi guru agama.