soalan lazim
Soalan Lazim Ibadah Umrah Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd
- Gambar pasport warna, berukuran 6 cm x 4 cm dan berlatar belakang putih secara digital. (Tidak bersongkok bagi lelaki dan bertudung gelap bagi wanita)
- Pasport sahlaku 6 bulan sebelum tarikh penerbangan balik.
- Lengkap divaksin Meningococcal ACWY dan Influenza.
- Mengisi lengkap dan menandatangani Borang Pendaftaran yang diberikan oleh pihak syarikat.
- Pastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik sehingga ke tarikh hari penerbangan.
- Sijil Vaksin Covid-19 (Boleh dimuat turun daripada aplikasi MySejahtera).
Pelanggan boleh membuat pembelian terus melalui website atau menghubungi pegawai kami melalui Whatsapp.
Pelanggan perlu memilih pakej, membuat pendaftaran dan membuat pembayaran deposit sebanyak RM 1,000 sahaja.
Pelanggan perlu membuat bayaran penuh pakej selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
Aplikasi Nusuk sahaja.
Harga pakej termasuk kos penerbangan, visa, hotel, makan, ziarah dan pengangkutan.
Kursus Umrah atau Taklimat Pelancongan akan diadakan selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh penerbangan. Tarikh akan dimaklumkan kepada jemaah yang telah berdaftar 15 hari sebelum tarikh penerbangan.
Simkad boleh dibeli semasa di Madinah atau Makkah dengan bantuan Mutawwif Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd.
Namun, kami menggalakkan jemaah menggunakan roaming plan Telco masing-masing kerana ia lebih memudahkan.
Lokasi hotel, pakej makan dan kos guru agama akan menyebabkan harga pakej berbeza.
Harga tiket penerbangan dan hotel berubah mengikut musim peak dan off peak.
Perubahan adalah tertakluk pada nilai pertukaran matawang Arab Saudi atau negara destinasi.
Selain itu, harga tiket penerbangan dan hotel juga kerap menghadapi perubahan walaupun pihak syarikat telah membuat bayaran booking dengan pihak penerbangan dan hotel.
Tertakluk kepada peraturan 9 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, sekiranya berlaku pertukaran aturcara dan Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd terpaksa mengadakan aturcara alternatif sebagai ganti, Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa aturcara alternatif tersebut menyamai kos atau mempunyai nilai yang serupa dengan aturcara asal yang diganti.
Ya. jemaah digalakkan mendapatkan suntikan vaksin Meningococcal ACWY dan Influenza sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh penerbangan. Namun begitu, suntikan vaksin ini tidak wajib.
Setiap pakej Umrah Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd akan ada pilihan untuk 4 sebilik, 3 sebilik dan 2 sebilik.
Boleh tiada masalah. Dengan syarat, jemaah perlu membawa daftar bilangan keluarga sesuai dengan jenis bilik. Contoh jika bilik berempat, bilangan ahli keluarga sesuai mahram perlu empat orang, sesuai dengan bilik tersebut. Begitu juga jenis bilik lain.
Had bagi kumpulan umrah atau pelancongan bagi satu rombongan ialah 30 – 40 orang, jika lebih kumpulan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, 2 bas, 2 Mutawwif atau lebih bagi menjamin keselesaan jemaah.
Ya. Kami menerima pembayaran secara ansuran dua kali bayaran iaitu bayaran deposit dan bayaran penuh.
Ya, harga pakej masih sama. Kos pengangkutan atau penerbangan daripada Sabah atau Sarawak ke KLIA/KLIA 2 ditanggung oleh jemaah sendiri.
Ya, Mutawwif ditugaskan bersama para jemaah dan membantu serta mempermudahkan urusan sepanjang berada di tanah suci. Begitu juga dengan seorang lagi Guru Agama atau Ustaz yang akan memberi pengisian semasa program umrah atau pelancongan.
Ya, semua pakej yang ditawarkan termasuk upah porter atau tukang angkat beg di hotel.
Maaf pakej-pakej kami tidak tersedia untuk pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis.
Boleh. Namun, sebaik-baiknya jemaah wanita digalakkan mempunyai mahram atau berteman semasa bermusafir bersama Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd
Ya, akan ada seorang Mutawwifah membantu jemaah wanita semasa menziarahi Raudhah, Masjid An Nabawi.
Bagi jemaah dengan penyakit kronik, mereka perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan penuh daripada doktor terlebih dahulu sebelum merancang perjalanan dan perlu membawa laporan perubatan status kesihatan dan pembantu bersama mereka sewaktu menunaikan Umrah atau melancong.
Selain itu, jemaah Umrah atau pelancongan digalakkan mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi sepanjang tempoh Umrah atau pelancongan dan mengatur penyimpanan ubat yang betul untuk mengelakkan ubat-ubatan terdedah kepada cahaya matahari dan rosak disebabkan haba berlebihan.
Ya, Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd menerima peserta berkeperluan khas seperti pengguna kerusi roda dengan syarat permintaan dibuat sekurang-kurangnya 60 hari sebelum perjalanan.
Kami akan memohon perkhidmatan kerusi roda daripada pihak penerbangan, tetapi caj tambahan mungkin dikenakan. Pelanggan juga perlu membawa kerusi roda sendiri serta pembantu yang sihat mengiringi perjalanan pelanggan.
Pelanggan disarankan membawa kelengkapan peribadi seperti tongkat dan ubat-ubatan untuk memastikan perjalanan berjalan lancar.
Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd akan menggunakan bas. Jangka masa perjalanan Makkah ke Madinah / Madinah ke Makkah lebih kurang 6 jam hingga 8 jam.
Jemaah juga boleh memilih untuk menaiki Haramain High Speed Railway (HHR) bagi perjalanan Makkah ke Madinah / Madinah ke Makkah. Bayaran akan dibuat oleh jemaah sendiri kepada Mutawwif di sana.
Jarak daripada Hotel ke Masjid bergantung kepada pakej pilihan jemaah. Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd akan berusaha untuk menyediakan penginapan selesa dengan jarak yang dekat bagi memudahkan jemaah.
Ya, jemaah boleh lihat pakej Umrah Ziarah dan Ziarah di link sini
Ya. Kami menyediakan pakej umrah atau pelancongan berkumpulan dan pakej umrah atau pelancongan persendirian tetapi harga pakej umrah atau pelancongan persendirian berbeza dengan pakej umrah atau pelancongan berkumpulan, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Namun, harga pakej umrah atau pelancongan persendirian adalah lebih tinggi daripada pakej berkumpulan.
Lebih kurang 2-3 jam perjalanan menaiki bas. Madinah, 30 minit perjalanan dari hotel Madinah ke lapangan terbang Madinah dan Makkah, 2 jam dari hotel Makkah ke lapangan terbang Jeddah
Umrah Ziarah adalah percutian ke negara pilihan jemaah sebelum ataupun selepas jemaah mengerjakan ibadah Umrah.
Jemaah boleh melakukan umrah sebanyak yang diinginkan sepanjang berada di Tanah Suci.
Namun, bimbingan Guru Agama dan Mutawwif disediakan untuk satu kali umrah sahaja.
Kami juga akan membawa jemaah berniat di Miqat sebanyak 3 kali semasa program ziarah.
Jemaah dinasihatkan untuk berada di lapangan terbang 4 jam sebelum masa penerbangan berlepas.
Kami membekalkan 5 liter air Zamzam untuk setiap jemaah ketika pulang dari setiap trip umrah.
Namun demikian, kebenaran mendapatkan air Zamzam ini bergantung pada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi.
Berumur kurang daripada 70 tahun.
Tempahan boleh ditukarkan ke destinasi lain atau tarikh lain. Jika jemaah ingin refund boleh rujuk terma dan syarat Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd.
Klik di sini — Terma & Syarat.
Soalan Lazim Ibadah Umrah Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd
Soalan 1
Apakah tindakan & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang ?
Jawapan:
- 2 keping gambar pasport berlatar belakang putih.
- Pasport masih belum luput tarikh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan.
- Lengkap divaksin sebelum membuat pendaftaran.
- Dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran yang diberikan.
- Pastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik sehingga ke tarikh hari penerbangan.
- Lengkap vaksin Umrah
- Kemaskini aplikasi Mysejahtera mengikut tarikh penerbangan.
Soalan 2
Adakah perlu vaksin Covid-19 untuk menunaikan umrah ?
Jawapan:
Tidak perlu, kerana Arab Saudi tidak mewajibkan lagi vaksin Covid-19 untuk menunaikan umrah.
Soalan 3
Perlu ke buat ujian Swab Test Covid-19 ?
Jawapan:
Tidak perlu, SOP Malaysia dan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan SWAB Test.
Soalan 4
Apakah jenis visa yang boleh digunapakai untuk menunaikan umrah ?
Jawapan:
ZTTSB akan menggunakan Visa Pelancong untuk jemaah warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei. Visa Umrah bagi jemaah warganegara Indonesia.
Soalan 5
Berapa had umur yang boleh pergi ?
Jawapan:
Tiada had, semua peringkat umur.
Soalan 6
Zahazan Travel guna penerbangan Malaysia Airlines (MAS) lagi ke ?
Jawapan:
Ya, In Sha Allah setakat hari ni, ZTTSB masih menggunakan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Sekiranya bertukar, pihak syarikat akan memilih perkhidmatan penerbangan terus yang lain.
Soalan 7
Aplikasi apa yang diperlukan sepanjang keberadaan di Saudi ?
Jawapan:
Eatmarna sahaja. Aplikasi untuk memohon permit menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW.
Soalan 8
Macam mana nak dapatkan slot solat, umrah, ziarah Raudah dan Maqam Rasulullah ?
Jawapan:
Permohonan permit bagi slot untuk menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW perlu dilakukan menggunakan applikasi Eatmarna. Slot tempahan tertakluk kepada kekosongan semasa. Sebarang pembatalan slot hendaklah dilakukan 4 jam sebelumnya.
Soalan 9
Kos apa yang termasuk dalam pakej ZTTSB ?
Jawapan:
- Kos Visa Pelancongan
- Kos Tiket Penerbangan dan Airport Tax
- Kos pengurusan umrah
- Kos Mutawif
- Kos Guru Agama (Fi, Hotel, Tiket Penerbangan dll.)
- Kos Hotel & Breakfast
- Kos Lunch & Dinner (bagi pakej Fullboard sahaja)
- Kos Insurans dan Medical Card (bagi pakej berkenaan sahaja)
- Kos Kit Umrah
- Kos Air Zam-Zam
- Kos Pengangkutan bas atau seperti dalam pakej
- Keuntungan syarikat
Soalan 10
Apakah jenis visa yang boleh digunapakai untuk menunaikan umrah ?
Jawapan:
Terdapat 2 jenis visa yang boleh digunapakai iaitu Visa Umrah dan Visa Pelancong.
VISA PELANCONG | VISA UMRAH |
i) Tiada had umur | i) Had umur bermula 18 tahun ke atas (mengikut SOP semasa Kerajaan Arab Saudi) |
ii) Kelonggaran isu mahram | ii) Mahram perlu kepada dokumentasi lengkap |
iii) Tempahan hotel dan kenderaan TIDAK diperlukan semasa permohonan visa dilakukan | iii) Tempahan hotel dan kenderaan PERLU dilakukan ketika permohonan visa dilakukan |
iv) Tempoh sah adalah setahun | iv) Tempoh sah adalah 30 hari |
v) Kemasukan berulang (Multiple Entry) | v) Kemasukan sekali sahaja (Single Entry) |
vi) Boleh tinggal selama 90 hari | vi) Boleh tinggal selama 30 hari |
vii) Dilindungi insurans Covid-19 | vii) Dilindungi insurans Covid-19 |
Jemaah dari Malaysia akan menggunakan Visa Pelancong.
Soalan 11
Bila kursus umrah akan bermula ?
Jawapan:
Kursus dan taklimat Umrah akan diadakan selewat-lewatnya 20 hari sebelum tarikh penerbangan. Tarikh akan dimaklumkan kepada jemaah yang telah berdaftar 30 hari sebelum tarikh penerbangan.
Soalan 12
Macam mana nak beli simkad Arab Saudi ?
Jawapan:
Simkad boleh dibeli semasa di Madinah atau Makkah dengan bantuan Mutawwif ZTTSB.
Soalan 13
Kenapa harga berbeza bagi setiap pakej ?
Jawapan:
Lokasi hotel, pakej makan dan kos guru agama akan menyebabkan harga pakej berbeza.
Soalan 14
Kenapa harga berbeza bagi pakej yang sama ?
Jawapan:
Harga tiket penerbangan dan Hotel berubah daripada masa ke semasa.
Soalan 15
Kenapa harga pakej umrah berubah dan tidak tetap ?
Jawapan:
Faktor permintaan Hotel dan penerbangan tinggi (High Demand) selepas musim Covid-19 menyebabkan harga Hotel dan tiket penerbangan menghadapi kenaikan dari masa ke semasa.
Begitu juga dengan faktor matawang Malaysia menurun setiap minggu berbanding Arab Saudi menyebabkan kos-kos bayaran menggunakan Saudi Riyal (SAR) meningkat dan harga pakej menghadapi kenaikkan.
Soalan 16
Apakah pakej umrah yang ditawarkan oleh Zahazan Travel ?
Jawapan:
- Pakej Umrah Bertarbiyah Standard
- Pakej Umrah Bertarbiyah Premium
- Pakej Umrah Bertarbiyah Istimewa bersama Ustaz Zahazan Mohamed
Soalan 17
Adakah harga, tarikh dan aturcara akan berubah ?
Jawapan:
Tertakluk kepada peraturan 9 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, sekiranya berlaku pertukaran aturcara dan ZTTSB terpaksa mengadakan aturcara alternatif sebagai ganti, ZTTSB tidak akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa aturcara alternatif tersebut menyamai kos atau mempunyai nilai yang serupa dengan aturcara asal yang diganti.
Soalan 18
Adakah suntikan vaksin diperlukan sebelum menunaikan Umrah ?
Jawapan:
Ya. jemaah perlu mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) sebelum menunaikan Umrah. Namun begitu, suntikan vaksin tidak termasuk dalam pakej Umrah.
Soalan 19
Pakej umrah Zahazan Travel berapa orang sebilik ?
Jawapan:
Setiap pakej ZTTSB akan ada pilihan untuk 4 sebilik, 3 sebilik dan 2 sebilik. Kecuali pakej Umrah Bertarbiyah Premier hanya ada pilihan 3 sebilik dan 2 sebilik sahaja.
Soalan 20
Bolehkah saya berkongsi bilik hanya dengan keluarga saya ?
Jawapan:
Boleh tiada masalah. Dengan syarat, jemaah perlu membawa daftar bilangan keluarga sesuai dengan jenis bilik. Contoh jika bilik berempat, bilangan ahli keluarga perlu empat orang sesuai dengan bilik tersebut. Begitu juga jenis bilik lain.
Soalan 21
Berapakah had bagi kumpulan umrah ?
Jawapan:
Had bagi kumpulan umrah bagi satu rombongan ialah 30 – 40 orang, jika lebih kumpulan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, 2 bas, 2 Mutawwif atau lebih bagi menjamin keselesaan jemaah.
Soalan 22
Adakah syarikat menerima bayaran secara ansuran ?
Jawapan:
Ya. Kami menerima pembayaran secara ansuran dengan deposit serendah RM1,000. Pembayaran akhir perlu dilunaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
Soalan 23
Jika dari Sabah dan Sarawak, adakah harga pakej masih sama ?
Jawapan:
Ya, harga pakej masih sama. Kos pengangkutan daripada Sabah atau Sarawak ke KLIA ditanggung oleh jemaah.
Soalan 24
Bagaimana perjalanan sepanjang di sana? Adakah Ustaz, pembimbing atau mutawif akan ikut bersama ?
Jawapan:
Ya, Mutawwif ditugaskan bersama para jemaah dan membantu serta mempermudahkan urusan sepanjang di tanah suci. Begitu juga dengan seorang lagi Guru Agama atau Ustaz yang akan memberi pengisian dan penghayatan semasa program umrah.
Soalan 25
Adakah pakej saya termasuk sekali caj upah porter atau tukang angkat beg ?
Jawapan:
Ya, semua pakej yang ditawarkan termasuk upah porter atau tukang angkat beg.
Soalan 26
Saya sedang menjalani rawatan dialisis, bolehkah saya menunaikan ibadah umrah ?
Jawapan:
Boleh dan tiada halangan dari pihak kami. Jemaah mesti membawa pembantu bagi memudahkan jemaah dibawa ke Dialisis Centre. Harga pakej tidak termasuk kos dialisis.
Soalan 27
Bolehkah wanita tanpa mahram ?
Jawapan:
Boleh, dengan menggunakan visa pelancong ke Arab Saudi.
Soalan 28
Adakah akan ada Mutawiffah yang akan bimbing jemaah wanita ke Raudhah ?
Jawapan:
Ya, akan ada seorang Mutawwiffah bantu jemaah wanita untuk masuk beribadah di Raudhah.
Selain itu, Mutawwiffah juga akan bantu jemaah wanita untuk mendaftar di aplikasi Eatmarna bagi mendapatkan slot untuk masuk ke Raudhah.
Soalan 29
Bolehkah saya menunaikan Umrah ketika sakit ?
Jawapan:
Bagi individu yang tidak sihat, tiada keperluan khas sebelum melakukan Umrah. jemaah hanya perlu membawa beberapa jenis ubat sebagai persediaan seperti ubat penahan sakit dan antihistamin untuk selesema biasa.
Bagi jemaah dengan penyakit kronik, mereka perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan penuh daripada doktor terlebih dahulu semasa merancang perjalanan dan perlu membawa laporan perubatan status kesihatan semasa bersama mereka sewaktu menunaikan Umrah.
Selain itu, jemaah Umrah digalakkan mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi sepanjang tempoh Umrah dan mengatur penyimpanan ubat yang betul untuk mengelakkan ubat-ubatan terdedah kepada cahaya matahari dan rosak disebabkan haba berlebihan.
Soalan 30
Bagaimana jika saya membatalkan tempahan saya ?
Jawapan:
Tempahan boleh ditukarkan ke destinasi atau tarikh lain. Jika jemaah ingin refund boleh rujuk terma dan syarat ZTTSB.
Soalan 31
Apakah mod pengangkutan dari Mekah ke Madinah / Madinah ke Mekah ?
Jawapan:
ZTTSB akan menggunakan bas. Jangka masa perjalanan Madinah ke Mekah lebih kurang 6 jam hingga 8 jam.
Jemaah juga boleh memilih untuk menaiki High Speed Train (HST) bagi perjalanan Madinah ke Madinah. Bayaran akan dibuat oleh jemaah sendiri kepada Mutawwif di sana.
Soalan 32
Berapa jarak hotel ke Masjid ?
Jawapan:
Jarak daripada Hotel ke Masjid bergantung kepada pakej pilihan jemaah. ZTTSB akan berusaha untuk menyediakan penginapan selesa dengan jarak yang dekat bagi memudahkan jemaah.
Soalan 33
Adakah pakej Umrah Ziarah turut ditawarkan?
Jawapan:
Ya, jemaah boleh lihat pakej Umrah Ziarah dan Ziarah di link …
Soalan 34
Selain pakej Umrah berkumpulan, adakah pakej Umrah persendirian turut disediakan ?
Jawapan:
Ya. Kami menyediakan pakej umrah berkumpulan dan pakej umrah persendirian tetapi harga pakej umrah persendirian berbeza dengan pakej umrah berkumpulan, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Soalan 35
Berapa jauh antara hotel dan lapangan terbang ?
Jawapan:
Lebih kurang 2 jam perjalanan menaiki bas.
Soalan 36
Apakah Umrah Ziarah ?
Jawapan:
Umrah Ziarah adalah percutian ke negara pilihan jemaah sebelum ataupun selepas jemaah mengerjakan ibadah Umrah.
Soalan 37
Berapa kali saya boleh melakukan Umrah ?
Jawapan:
Jemaah boleh melakukan Umrah sebanyak mungkin. Umrah akan dilakukan sebanyak 3 kali jika jemaah menyertai pakej Umrah berkumpulan, satu daripadanya dengan bimbingan Mutawwif.
Soalan 38
Berapa awal perlu saya berada di lapangan terbang sebelum pelepasan ?
Jawapan:
Jemaah dinasihatkan untuk berada di lapangan terbang 4 jam sebelum masa pelepasan.
Soalan 39
Adakah air zam-zam dibekalkan kepada setiap jemaah untuk dibawa pulang ?
Jawapan:
Kami membekalkan 5 liter air Zam-Zam untuk setiap jemaah dan boleh didapatkan selepas mendarat di KLIA.
Namun demikian, kebenaran mendapatkan air Zam-Zam ini bergantung pada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi.