Mengapa Habbatus Sauda Begitu Istimewa?
Sebab pertama:
Habbatus sauda atau jintan hitam di sebut di dalam hadis. Menjadikan sangat istimewa kerana di sebut secara khusus dalam agama. Seperti Madu yang di sebut di dalam Al Quran.
Antara hadis yang biasa di sebut.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Sebab yang kedua:
Ia antara makanan berfungsi tinggi yang banyak di kaji oleh para saintis dunia. Banyak kajian merujuk kepada kandungan aktif serta kesannya kepada kesihatan manusia.
Penggunaannya sebagai makanan tambahan terbaik semakin meluas di seluruh dunia termasuk di negara yang majoritinya bukan orang islam. Ia adalah satu-satunya rempah di dunia yang sentiasa di kaitkan dengan “prophetic medicine”.
Cara Makan
Dicadangkan untuk sehari 2 biji sewaktu mahu tidur kerana waktu yang sesuai dengan tubuh badan yang sedang berehat. Ianya boleh juga makan 4 biji sebelum tidur dan setelah bangun tidur.
Reviews
There are no reviews yet.